Muzik video Juwita... (Citra Terindah)

Muzik video rasmi untuk "Juwita... (Citra Terindah)" telah diterbikan bagi mempromosikan lagu ini, ia diarahkan oleh Nizam Rahmat yang turut mereka bentuk kulit album Sang Pencinta dan terbitan AD Verse.[1] Pelakon Rozita Che Wan dipilih memegang watak sebagai Juwita selepas pasukan penerbitan muzik video "Juwita" melihat gambarnya di majalah URTV. Sebelum memilih Rozita, pasukan penerbitan telah menyenaraikan 40 wanita untuk membintangi muzik video "Juwita". Penggambaran muzik video dijalankan di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur termasuk Bukit Bintang.[2]

Berkaitan